Activity

BENGKEL PEMANTAPAN KUMPULAN PENYELIDIKAN (RG) DAN KUMPULAN INISIATIF PENYELIDIKAN (RIG) - JEJAK IDEAS

GreSAFE telah dijemput sebagai pasukan bengkel JEJAK IDEAS yang dijalankan pada:
Tarikh : 11 & 12 Oktober 2023 (Rabu & Khamis) Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang Tempat : Dewan Annex, UiTM Shah Alam

Ia merupakan satu platform yang menemukan Kumpulan RG dan RIG UiTM bagi menzahirkan IDEAS bitara untuk menyemarakan aktiviti penyelidikan dan memantapkan kumpulan penyelidikan.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk membantu RIG (Unlock Potential) melalui pemetaan dan pemadanan dengan HICoE/CoE/RG/RIG yang mempunyai bidang penyelidikan khusus yang sama bagi meningkatkan lagi pencapaian penyelidikan dan mengelakkan pertindihan bidang penyelidikan antara EK disamping menjadikan aspirasi RG/RIG sebagai pakar rujuk serta menaikkan imej universiti di peringkat global.

TOWNHALL KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT (PBS)

12 Oktober 2023 Sesi Townhall Kajian Keberkesanan Program Bandar Selamat (PBS) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Majlis telah menerima seramai 80 peserta daripada wakil IPD dan IPK, PDRM, Pihak Berkuasa tempatan, wakil agensi daripada MCPF, AADK, JIM, PLANMalaysia, UTM, JKM, JPJKK PDRM, dan IPSOM KDN.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Terima kasih atas kerjasama penuh dan amat baik kepada semua agensi dan wakil PBT dan IPD yang baik. Maklumbalas yang diterima akan dimasukan di dalam penulisan laporan akhir FASA 3 kajian.

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT TAHUN 2023

Pada 18 April 2024, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberikan kepercayaan kepada UiTM Seri Iskandar Perak dengan memberikan geran bernilai RM149,900 yang bertajuk "Keberkesanan Program Bandar Selamat Tahun 2023" untuk tempoh enam (6) bulan, iaitu bermula dari 18 April hingga 17 Oktober 2023. Daripada 15 proposal yang dihantar dari pelbagai Universiti Awam dan Swasta, pasukan dari UiTM Perak telah berjaya memperoleh geran ini. Pasukan utama adalah daripada tiga (3) ahli dari GreSafe serta dua (2) pensyarah dari Jabatan Alam Bina & Teknologi (JABT) UiTM Perak.

Kajian ini meliputi pengumpulan data seluruh Malaysia. Pembentukan pasukan yang kuat adalah penting untuk memastikan keberjayaan kajian yang dijalankan. Pasukan ini terdiri daripada 5 Penyelidik Utama (PU), 3 Penyelidik Mentor, 3 Penyelidik Pakar, 33 Penyelidik Negeri, dan 13 Pembantu Penyelidik untuk melaksanakan projek kajian ini. Terdapat tiga fasa dalam proses kajian yang perlu dilaksanakan, termasuk 2 sesi pembentangan (TENIKAL & PEMANDU) untuk setiap fasa. Mesyuarat PEMANDU akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Diharapkan perolehan geran ini akan meningkatkan tahap kematangan dan kepakaran para penyelidik. Diucapkan terima kasih kepada pihak IPSOM - KDN atas kepercayaan yang diberikan kepada pasukan kami.

UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR) UITM PERAK

Pada 26 Ogos 2023, Projek University Social Responsibility (USR) UiTM Perak telah dijalankan dengan anjuran Jabatan Ukur Bangunan, Jabatan Alam Bina & Teknologi (JABT), bekerjasama dengan PJIMA UiTM Perak, Jabatan Orang Asli (JAKOA), dan Green Safe Cities (GreSAFE).
Projek ini bertujuan untuk menerangkan keadaan kawasan sungai di perkampungan Orang Asli di Kg. Sg. Tonggang, Ulu Kinta, Perak yang tidak lagi mempunyai bekalan elektrik. Melalui projek ini, diharapkan dapat meningkatkan keselamatan persekitaran kawasan tersebut dengan memasang sistem pencahayaan tenaga solar pada waktu malam. Selain itu, projek ini juga diharapkan dapat membantu memajukan Industri Pelancongan yang dimiliki oleh Koperasi Orang Asli Kg. Tonggang. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek yang telah berjaya memberikan impak yang besar kepada komuniti. Syabas!

SCOPUS-INDEXED PUBLICATION WORKSHOP

The Green Safe Cities Research Group (Gresafe), UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus, has taken the initiative to organize a Scopus-indexed publication workshop for the Gresafe research group members at UiTM Perak. This workshop aims to assist and encourage all members of the Green Safe Cities Research Group, particularly in meeting the Key Performance Indicators (KPIs) set by the university.
The main objectives of this workshop are as follows:
a) To provide publication opportunities in Scopus-indexed journals for researchers.
b) To establish collaborative relationships between UTHM and UiTM universities.
c) To write manuscripts intensively and with specific targets.
d) To serve as an intervention for the research group in promoting and ensuring that each member achieves the indexed publication KPI (PI050) for the year 2023.

The Editorial Board of The International Journal of Sustainable Construction Engineering Technology (IJSCET) extends a special invitation to share knowledge, expertise, and strategies to ensure a successful publication rate in WOS and Scopus-indexed journals.
Special thanks are extended to Professor Dr Ismail Abdul Rahman, Professor Sr. Dr Rozilah Binti Kasim, and Associate Professor Dr Sasitharan Nagapan.

STAY MOTIVATED - WEEKLY SHARING SESSION WITH 5⭐ UITM RG & RIG WEBINAR SERIES 4.0/2022-GREEN SAFE CITIES (GRESAFE)

Click here to download the slide.

GREENSAFE CITIES SEMINAR 2021

Seminar ini bertujuan untuk menerapkan pengetahuan dan amalan yang boleh membawa kepada gaya hidup yang lebih mesra alam dan ekologi, yang boleh membantu melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadi untuk generasi semasa dan masa depan. Dalam usaha untuk mewujudkan gaya hidup lestari, ia mengambil komitmen seumur hidup seperti belajar, bereksperimen, meneroka, melakukan amalan yang lebih mampan. Program ini mempunyai beberapa objektif iaitu;

  • Menyemarakkan perkongsian ilmu pengetahuan terkini antara industri dengan para akedemik dalam pembangunan persekitaran ke arah pembangunan hijau dan mampan.
  • Memartabatkan budaya ilmu, industri dan manusia bagi mencapai hasrat kementerian.
  • Menggalakkan jaringan dengan pihak industri yang berpotensi untuk kerjasama dalam bentuk penganjuran program dan kebolehpasaran program berkaitan industri pembinaan.
  • .

    BENGKEL KETAMPAKAN PENYELIDIK 1.0

    Bagi meningkatkan keterlihatan penyelidik ini pembentukan laman sesawang bagi setiap penyelidik adalah penting untuk membolehkan pihak luar mengenali dan menngetahui kewujudkan kepakaran yang ada di UiTM Cawangan Perak ini. Selain itu, QR code yang merupakan satu kaedah yang sangat efektif dan signifikan dalam merentasi 4.0 IR yang membolehkan penyelidik menyimpan data dan maklumat diri yang lebih mudahsampai kepada pihak luar. Malahan penggunaan QR Code membolehkan ia lebih mesra pengguna untuk diletakkan di media elektronik dan sosial. Bagi menarik perhatian lagi, kaedah infografik bagi mempersembahkan keunggulan dan kepakaran penyelidik dapat ditonjolkan dengan lebih menarik. Ini sealiran dengan keperluan penyelidikan semasa yang memerlukan infografik sebagai salah satu medium persembahan kajian. Sehubungan itu, bengkel ini membantu para penyelidik membina ruang kepakaran dan perkongsian yang ada.

    PROJEK PEMBANGUNAN LINEAR PARK DATARAN SUNGAI SELUANG, SERI ISKANDAR

    The Sungai Seluang Line linear park development project is a joint venture of the UiTM Seri Iskandar under the Green Safe Cities Research Interest Group (GreSafe) with government and non-government agencies Pejabat Tanah Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak Tengah, Green Movement, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Jabatan Kerja Raya.

    The project aims to provide a space for leisure and recreation for the community Bandar Seri Iskandar and users. Another objective of the project is to promote a healthy lifestyle through recreational activities in the park which can also improve relationships with local communities.

    The First Phase of the project is completed in December 2020. On 1 January 2021, Majlis Daerah Perak Tengah's local authority with NGO – Green Earth Movement Society of Malaysia is planting 130 nos of trees in the land.

    3RD INTERNATIONAL CONFERENCE ON REBUILDING PLACE (ICRP) 2018

    The International Conference On Rebuilding Place (ICRP) is the 3rd conference. It is one of the MOU activities with the University of Kuala Banda Acheh University. The first conference was held in KOREA, followed by the second conference at the University of Kuala Banda Acheh University. The third conference was held at the Impiana hotel in Ipoh under the sponsorship of the UiTM Seri Iskandar Silver Branch under GreSafe.

    PERUNDING PROJEK PEMBINAAN SENI MURAL 3D (MURAT ART) DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

    A 3D mural art project is being developed in the recreational area of Gunung Lang, Ipoh Perak. The art of the mural is based on the idea of Gunung Lang identity that is characterized by ecological and natural parks. Construction mural is intended to help attract visitors and tourists to come to this recreation park.

    PERUNDING PROJEK PEMBINAAN SENI TIGA DIMENSI BAGI PENCEGAHAN JENAYAH DI PEOPLE PARK, IPOH PERAK

    The project utilizes 3-dimensional art elements to provide a more visual and interactive effect to users and the surrounding community. This method is used to attract people to come to the site where it can improve natural surveillance to solve the issue of crime and social problems.